Slider

Tuesday, 23 April 2013

5 Diet Paling Popular Malaysia 2012

*sumber ini merupakan petikan dari : 
 http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-diet-paling-popular-malaysia-2012/
dan 
http://zakikhan.net/diet-mengikut-jenis-darah/


5 Diet Paling Popular Malaysia 2012

5 Diet paling popular sekarang? Disini terdapat beberapa diet popular yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Diri anda yang boleh memutuskan sama ada ia adalah pelan diet yang sesuai untuk anda ataupun tidak. Mari kita lihat satu persatu 5 diet popular di Malaysia.

1. Diet Atkin

Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaga, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.

Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.
… awal-awal, anda boleh kurangkan 3-4kg seminggu tapi itu bukan 100% lemak, sebenarnya ia lebih kepada pembuangan air hasil daripada pengurangan makanan berkarbohidrat…
Hati-hati kerana kalau anda berhenti diet Aktins dan beralih kepada pemakanan karbohidrat yang lebih “biasa”, berat badan anda naik dengan cepat semula disebabkan water retention. Ini lebih kurang macam “carbo loading” yang diamalkan oleh atlit larian marathon.

 

2. Diet Detox

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.

Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan disini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mata tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Kerana badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.
 
 
 3. Diet mengikut jenis darah
Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.

Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.

Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.


Darah O

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
Tenusu
Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya Semua produk tenusu dan yogurts
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, sesame Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
Bijirin Biji  labu, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tanah, pistachio, biji poppy
Kacang Kacang azuki, black-eyed peas Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
Gandum Roti essene, roti Ezekiel Bali, nasi Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
Sayur Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut Tomato Terung, jagung, avocado
Buah Plums, prunes Anggur, kebanyakan beri Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
Rempah Kari, garam, cayenne pepper
White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
Perasa
Chocolate, madu, cocao Sos tomato, mayonis
Air Soda, tea Bir, wine Kopi, black tea

Darah A

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein
Ayam, ayam belanda Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan Laut Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
Tenusu
Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing Semua jenis keju yang lain dan susu
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, minyak cod liver Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
Bijirin Kacang, labu Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang Brazil, cashew, pistachio
Kacang Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas
Tamarind, kacang merah
Gandum Buckwheat, amaranth
Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & Mi Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
Sayur Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu
Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
Buah Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon
Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
Rempah Tamari, miso, sos soya, halia
Vinegar, pepper
Perasa

Sos tomato, mayonis
Minuman Aloe vera, green tea, red wine, kopi
Bir, soda, black tea

Darah B

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, kijang, arnab Lembu, ayam belanda, rusa Ayam, itik, babi
Makanan Laut Cod, salmon, halibut, sole Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Aiskrim
Lemak Minyak zaitun
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Cashew, pine, pistachio
Kacang

Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam
Gandum Oatmeal, nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Wheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal)
Roti Roti, beras perang, kek nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bagel, muffin, roti multi-grain, soba
Sayur Sayur hijau Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
Buah Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kelapa, belimbing, pear
Rempah Kari, cayenne pepper Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Perasa

Sos tomato, mayonis
Minuman Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice
Aloe vera, soda

Darah AB

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, arnab, ayam belanda Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan Laut Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Keju america, aiskrim, susu penuh
Lemak Minyak zaitun
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin Peanut, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Filbert, biji labu, biji sesame
Kacang

Lima
Gandum Millet, oat bran, oatmeal, rye Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Jagung, buckwheat, kasha, soba
Sayur Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yam Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Artichoke, avocado, jagung, lima, cili
Buah Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi
Manga, jambu, kelapa, pisang, oren
Rempah Kari, miso Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Esktrak almond, barli, tapioca
Minuman Licorice, red wine, dandelion, kopi, green tea
Soda, black tea

 

4. Diet seimbang

Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.

Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

Berkesankah? Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain
…tapi hati-hati! Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan…
 
5. Diet tanpa nasiDiet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata.

 Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.

Jadi diet mana yang terbaik?

Tiada masalah untuk mencuba mana-mana diet. Yang penting: faham asas-asas nutrisi mana-mana diet dan sesuaikan untuk kehidupan anda yang unik.
 
Tapi ingat, tiada diet yang boleh membangkang fakta berikut: Naik-turun berat badan ditentukan oleh kadar pengambilan kalori berbanding keluar. Kalau pengambilan berlebihan, maka naik-lah berat badan.
Jadilah pengguna dan pengamal diet pemakanan yang bijaksana.

0 comments:

Post a Comment

Blog Designed by The Single Momoirs