Slider

Thursday, 9 May 2013

EZiBreathe 

by NAYLIBIZ....



ezibreathe
HARGA PASARAN : RM37
HARGA NAYLIBIZ : RM32

DARI RM37 JADI RM32
KINI JIMAT DENGAN HARGA NAYLIBIZ..!!

EZiBreathe : Terbukti Melegakan Resdung! Formulasi Homeopati. Ada Kelulusan KKM

Mengapa EZIBreathe? 
Terbukti secara saintifik melegakan gejala Alergi Rinitis dan Resdung seperti kekerapan bersin, selesema berpanjangan, hidung tersumbat, gatal hidung, mata, telinga dan tekak, batuk, banyak kahak serta mencegah komplikasi Asma.

> Bertindak Cepat, Selamat dan Berkesan.
> Tiada kesan sampingan.
> Tidak mengandungi dadah.
> Tidak menyebabkan mengantuk.


> Formula semulajadi, dihasilkan daripada garam galian Homeopati, tidak membebankan buah pinggang dan selamat diambil berterusan. Ujian makmal menunjukkan EZiBreathe tidak mengandungi sebarang toxin atau logam berat yang boleh merbahayakan tubuh manusia.

> Sesuai untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak seawal usia setahun ke orang dewasa, wanita mengandung (selepas 3 bulan) dan ibu yang menyusu badan serta mereka yang berpenyakit kronik.

> Ubat yang dipercayai oleh ibu-ibu.

> Mudah diambil, dalam bentuk tablet kunyah yang manis. Digemari oleh semua golongan terutamanya kanak-kanak.

> Diformulasi dan dikilangkan di Malaysia, di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta memiliki sijil HALAL daripada JAKIM.

> Tidak perlu lagi mengasap muka atau menghisap kayu resdung.

> Mengandungi 90 tablets (90gm).

> KKM : MAL 07081640TC

> Siap Dengan Pelekat Hologram Original Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

> Brand New + Bottle Sealed + Safety Lock Cap + Sealed Box





 Soalan Lazim:

1.Berapa lama perlu saya makan untuk melihat kesannya?

Bergantung kepada sistem pertahanan badan masing-masing. Jika gejala tidak teruk seperti kekerapan bersin, selesema (hingus berwarna cair dan jernih) dan hidung tersumbat, kesannya boleh dilihat selepas 15 minit. Tetapi jika gejalanya sudah teruk seperti hingus kuning kehijauan, batuk berkahak, sakit muka dan kepala, kesan hanya dapat dilihat selepas 2 ke 3 minggu. Ada juga selepas 2 atau 3 botol.

2.Bolehkah Ezibreathe menghilangkan terus masalah Alergi Hidung atau Resdung saya?

Tidak, seperti ubat-ubatan lain, Ezibreathe hanya dapat melegakan gejala Alergi dan Resdung anda. Sehingga kini masih belum ada ubat di dunia yang dapat menghilangkan masalah Alergi atau Resdung.

3.Kalau setakat melegakan mengapa perlu saya mengambil ubat Resdung Ezibreathe? Baik saya ambil ubat lain pun sama jugakan?
Ya! Tetapi kebanyakan ubat lain dipasaran terutama ubat moden boleh mendatangkan kesan sampingan baik dalam jangkamasa pendek atau panjang.Ini adalah tidak baik terutama bagi kanak-kanak memandangkan mereka terpaksa bergantung dengan ubat secara berterusan. Sebaliknya Ezibreathe tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan dan boleh diambil berpanjangan
 
4.Bilakah waktu terbaik untuk mengambil EZiBreathe?

Waktu mulut kosong tanpa sebarang makanan atau minuman iaitu waktu pagi sebaik je bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.

5.Bolehkah saya mengambil EZiBreathe semasa perut kosong?

Ya! kerana EZiBreathe adalah dianggap seperti makanan.

6.Berapa biji perlu saya ambil sehari?

Mengikut sukatan yang tercatat di label botol atau bila perlu. Maximum 5 biji sehari untuk kanak-kanak 1 tahun ke 12 tahun dan 10 biji sehari untuk orang dewasa.

7.Perlukah saya terus mengambil EZiBreathe selepas Alergi Hidung atau Resdung saya pulih?
Ya! Kerana selagi anda terdedah dengan alergen (pencetus alergi), selagi itulah anda berisiko untuk mendapat semula gejala. Oleh itu, pengambilan EZiBreathe secara berterusan dapat mencegah gejala daripada terjadi. Anda hanya perlu mengurangkan dosnya kepada sebiji sehari sahaja atau bila perlu
 

8.Adakah EZiBreathe akan memberikan sebarang kesan sampingan atau tindakbalas sementara?
EZiBreathe tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan.
Walaubagaimanapun, EZiBreathe boleh menyebabkan tindakbalas sementara bagi mereka yang baru pertama kali mengambilnya (mungkin berlaku pada sesetengah penghidap), di mana gejala akan menjadi bertambah teruk selama 1½ 3 minggu seperti bersin, batuk dan banyak kahak dikalangan kanak-kanak, sementara dewasa selain daripada batuk dan banyak kahak, mungkin akan mengalami tindakbalas seperti pening kepala dan badan lemah.
Anda tidak perlu risau, ini dipanggil 'healing crisis process' menandakan EZiBreathe sedang bertindak balas dengan sistem imunisasi. Ianya akan berakhir selepas 1 - 3 minggu.

9.Bolehkah saya mengambil EZiBreathe bersama dengan ubat lain?

Ya! Cuma jarakkan masa 1 ke 2 jam.

10.Bolehkah saya atau anak saya mengambil EZiBreathe jika menghidap Asma?
Ya! Tapi kurangkan dosnya kepada 1 biji sahaja sehari dan diambil selang sehari selama sebulan, kemudian mengikut sukatan di botol.

11.Apakah pantang larang semasa mengambil EZiBreathe?
Tiada sebarang pantang larang, anda boleh menikmati semua makanan kegemaran anda seperti biasa.

12.Bolehkah saya mengambil EZiBreathe jika saya mengandung?

Ya! Selepas mengandung 3 bulan. Kerana EZiBreathe hanyalah garam galian dan tidak mengandungi steroid. Walaubagaimanapun anda boleh padatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.

13.Bolehkah saya mengambil EZiBreathe jika saya alah pada makanan laut?
Ya! Ambil 1 biji ½ jam sebelum dan 1 biji lagi ½ jam selepas makan makanan laut.


 PENTING!
Bagi mengekalkan keberkesanan EZiBreathe, ianya perlu disimpan jauh daripada sebarang peralatan elektrik, gelombang seperti radio atau telefon bimbit, suhu panas seperti di dalam kereta yang diletak di bawah terik matahari.


Testimoni


Zul Zainuhal
"saya mengalami masalah resdung hampir 4 tahun...hidung saya setiap hari tersumbat dan kerap kali bersin sehinggakan saya sakit kepala....memang rimas dan tidak selesa...berbagai-bagai saya mencuba ubat herba mahupun pil selsema....namun tiada apa-apa kesan terhadap saya...setelah saya melayari internet..saya telah mencuba ezibreath...kesannya amat ketara sehingga saya bebas dari resdung...tq ezibreath.

Pn Kasma, Sg Buluh
Suami saya dah lama mengalami masalah resdung, sampaikan nafas dia berbau hanyir dan tekaknya banyak kahak. Selepas mengambil ezibreathe 2 bulan, alhamdullilah kahaknya dah takde, hidungnya tak tersumbat lagi dan nafasnya pun dah kurang berbau hanyir.

Zulika,
Anak-anak saya 4 tahun dan 9 tahun selalu selesema dan bersin. Mereka juga ada asma. Bila kawan rekomen cuba ezibreathe untuk anak-anak saya, mula-mula saya was was juga, maklumlah nak bagi kat anak-anak dan anak-anak pun ada asma. So saya bawa botol ezibreathe jumpa doktor untuk mendapatkan pengesahkan. Doktor kata boleh bagi anak makan kerana kandungannya hanya gula dan garam galian, takde dadah merbahaya. Sekarang dah hampir 6 bulan anak saya makan ezibreathe, alhamdullilah serangan asmanya dah takde, selsema dan bersinnya pun dah kurang sangat. Terimakasih ezibreathe.



Sesuai untuk semua peringkat umur bermula daripada kanak-kanak 1 tahun keatas, ubat resdung EZiBreathe tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan jangkamasa pendek atau panjang, bebas daripada toxin dan tidak menyebabkan ketagihan. Ujian makmal telah dijalankan di private lab membuktikan EZiBreathe tidak mengandungi sebarang logam berat (toxin) yang boleh merosakkan sel dan organ-organ utama di dalam tubuh manusia.
Kandungan Ubat Resdung EZiBreathe
Formulasi semulajadinya terdiri daripada 4 jenis mikro minerals dengan dos yang sangat rendah. Minerals diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap hari bagi memastikan sistem imunisasi berfungsi dengan sempurna dan badan berada di dalam keadaan yang sihat. Kekurangan walaupun sedikit minerals menyebabkan badan mudah diserang penyakit. Mikro minerals yang terkandung di dalam EZiBreathe adalah Natrium Muriaticum (Chloride of Sodium), Kalium Muriaticum (Chloride of Potassium), Kalium Sulphuricum (Potassium Sulphate)dan Ferrum Phosphoricum (Phosphate of Iron) telah dibuktikan secara saintifik, membantu kesihatan tubuh manusia dari segi berikut:-
  • Menghentikan kegatalan hidung, telinga, mata dan tekak
  • Menghentikan kekerapan bersin
  • Melegakan hidung tersumbat
  • Mengurangkan radang yang menyebabkan bengkak di dalam rongga hidung dan sinus
  • Melegakan selesema
  • Mencegah jangkitan di dalam system pernafasan dan rongga sinus
  • Mencegah pernafasan melalui mulut
  • Mencegah serangan asma (lelah)
Keistimewaan EZiBreathe jika diberbandingkan dengan produk lain dipasaran adalah:-

Ubat Moden atau Produk Herba
Kelebihan EZiBreathe
Terdapat kesan sampingan.
Tiada sebarang kesan sampingan. Dihasilkan 100% daripada mikro minerals semulajadi.
Kebanyakkannya tidak sesuai diambil oleh bayi, kanak-kanak, wanita hamil atau yang menyusukan anak serta mereka yang menghidap penyakit kronik.
Selamat diambil oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak 1 tahun ke atas, wanita hamil atau yang menyusukan anak serta mereka yang menghidap penyakit kronik.
Sukar diberikan kepada kanak-kanak kerana rasanya tidak sedap. Sementara dalam bentuk kapsul herba pula agak panas dan sukar untuk ditelan oleh kebanyakkan orang.
Bentuk tablet yang kecil, rasanya manis seperti gula-gula, hanya perlu dihisap atau di kunyah atau boleh dicampur ke dalam susu. Di senangi oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.
Perlu berpantang dari segi pemakanan ketika mengambil produk herba
Tiada pantang larang

0 comments:

Post a Comment

Blog Designed by The Single Momoirs